View Count kejadah.

Morning uolzzz.

Dah brekpes ke belum? Aku belum. Lapar ni. Kesian aku. Jom lepak Ameer Ehsan. Pekena roti petak kuah susu ke apa. Pergh, tambah lapar wei sebut pasal makanan. Jom ah, jom ah. Kasihanilah aku.

#NowPlaying : Rock Cintan by Perut Aku.

Korang ada blog? Korang selalu cerita pasal apa je kat dalam blog korang? Kan sekarang ni blogger.com kan ada tunjuk berapa orang view korang punya entry kan. Korang sedih tak tengok view tu? Aku sedih gak ah. Maybe blog aku ni tak best. Tak ada siapa nak baca. Wuwuwu. Eh, tapi kan aku tak rasa aku perlu bersedih. Aku blogging jus for fun. Bukan untuk orang baca. Cuma untuk ekspresikan perasaan. Lagi pun aku tak pernah promote blog aku. Sebab tu orang tak tau. Plus, aku malas gila blogwalking. Aku baca blog orang pun, baca senyap senyap je. Tak tinggalkan apa-apa kesan. Aku malas nak comment, malas nak tinggal jejak dekat shoutbox, atau apa-apa pun.

Korang nak tau tak? Tak nak tau, tutup mata. Aku punya entries yang aku rasa agak berfaedah, view count dia kosong. tau kosong? Nama lainnya zero lah kalau tak faham kosong tu apa. View yang paling tinggi yang aku dapat, 43. Apa tajuk entrinya? Aku Mimpi Babi. Kejadah sungguh. Korang suka cerita pasal babi ke apa? Nanti aku cerita lagi pasal babi okay -.-

p/s : oink oink.

written with lots of Love.